About G.U.Y.S
GUYS adalah sebuah kumpulan muzik berasal dari KAJANG yang baru bertapak di dalam persada muzik tanah air. Album pertama mereka berjudul " Menjana Impian " telah diedarkan oleh Ambang Klasik Sdn Bhd ( Anak Syarikat TV3 ). Kumpulan ini bernaung di bawah Ronggeng Record milik Awang BPR. Album ini telah berada di pasaran semenjak bulan Ogos 1997.
G.U..Y.S bermaksud - Gabungan Unggul Yang Sensasi
* Penerbit Album - Awang BPR
* Konsep Album - Pop Komersial
* Antara pencipta lagu - Saari Amri, Wan Zul dan Awang BPR
* Antara Penulis Lirik - Bob, Azam Dungun, Baiduri dan L.Y
Studio Rakaman - Booty Studio
Proses Rakaman - 5 bulan
Antara lagu yang hit - AIR MATA SEORANG LELAKI, MENCIPTA SETIA, KITA SEHALUAN dan LUKA.
Di tubuhkan - 1993 dari gabungan beberapa pemuzik yang berpecah maka itulah sebabnya dinamakan Gabungan Unggul Yang Sensasi
Pengalaman :Bermain di kelab malam & Dinner show
G.U.Y.S adalah :
Rosman Adam ( Mann ) - Vocalist
Asmali Nor Azam Hj Othman ( Malie ) - 1st Lead Guitarist
Hairil Amri Abd Rashid ( Jack ) - Bassist
Johary Anuar ( Joe ) - 2nd Lead Guitarist
Saiful Hj Daud ( Epool ) - Drummer